• Main
  • LATAR BELAKANG AIN MEDICLINIC

LATAR BELAKANG AIN MEDICLINIC

Ain Mediclinic Melaka ditubuhkan pada 13 Disember 2024 di mana ia adalah sebuah klinik perubatan swasta moden yang strategik dan terletak di bandar Melaka iaitu di Komplek Perniagaan Musai Jaya, Melaka.

.

Segala pengurusan klinik dipimpin oleh Dr. Nurulain binti Muhamaad (Dr. Ain). Dr. Ain memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya (UM). Dengan latar belakang dan pengalaman beliau selama 10 tahun dalam bidang perubatan, dedikasinya untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terkemuka sejajar dengan misi Ain Mediclinic untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pesakit mengikut kemajuan teknologi perubatan.

.

Dengan fokus beliau kepada penjagaan primer, penyakit kronik dan kesihatan wanita serta kanak-kanak, Dr. Ain membawa banyak pengetahuan dan pengalaman beliau di Ain Mediclinic. Kami kagum dengan pencapaian Dr. Ain, dan kami yakin dengan pengalaman beliau akan meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang kami sediakan kepada komuniti, terutamanya warga melaka.

.

Kami menjemput semua untuk mendapatkan rawatan kesihatan daripada Dr. Ain. Kesihatan dan Kesejahteraan anda adalah keutamaan kami.

.

Untuk temujanji, boleh hubungi atau whatsapp kami di 018-3609389. Terima Kasih.