• Main

Asma adalah penyakit kronik akibat penyempitan saluran pernafasan apabila terdedah kepada pencetus asma. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2011, prevalens asma bagi penduduk Malaysia adalah 6.4%.

Asma yang lambat dikesan menyebabkan rawatan awal tertangguh, meningkatkan risiko komplikasi dan risiko dimasukkan ke hospital, malah boleh mengancam nyawa.

Serangan asma boleh dicetuskan oleh perkara berikut:

  • Habuk
  • Bulu haiwan peliharaan seperti kucing
  • Debunga
  • Senaman keterlaluan
  • Cuaca sejuk/lembap
  • Udara tercemar
  • Bahan kimia
  • Stres

Komplikasi dan Kematian akibat asma boleh dicegah! Kenali tanda-tanda serangan asma dan dapatkan rawatan segera. Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi secara berkala di klinik berdekatan anda.